Salam,
Hari ni daku nak share lagi homestay kedua yang
kitaorg pernah menginap ketika di KUNDASANG...
Kenapa HOMESTAY lagi??
Sebab yang sama...
Bawa mak abah datang ke Kundasang..
Kali ni mak bapa mertuaku plak..
Yang menariknyaaaa la kan...
En suami ku yang terchinta tu mula2 katanya
tak nak bermalam di Kundasang..
Nak datang dan balik hari je,
sebab sebulan sebelum Mak Abah datang ke Sabah,
kitaorang dah datang ke Kundasang sempena hari lahirku...
Tu pun pergi time hari kerja dan balik hari je
Nanti daku akan ceritakan juga tempat2 kitaorg pergi..
So, memang daku tak survey la mana2 homestay sampaiiiiiiii la mak abah datang
ke KK dan kemudiannya bermalam di rumah kitaorg..
Lagi 2 hari nak ke Kundasang tiba2 plak la
ubah fikiran nak bermalam!!!
Daku dah mula agak stress ni.. mula2 cadang nak pergi hari Sabtu
dan bermalam di sana dan kemudian jalan2 la sabtu ahad tu..
Tapi, last minit kan..mana la ada homestay yang kosong wei..Sob Sob..
Tu laaaa..daku nak pesan sekali lagi..Korang2 yang nak datang ke KUNDASANG ni
jangan la gatai2 booking homestay lambat2 tau...
Memang kebanyakan homestay yang daku call semua nya penuh hari sabtu tu.
At last, tah macam mana, en suami kata kita pergi hari jumaat je la.
Try je call mana2 homestay n tanya ada tak kosong jumaat tu..
So time tu kebetulan Salman's Homestay adalah no contact yang seterusnya
Bila call n diberitahu ada kosong plak jumaat tu, maka terus la booking!!!!
Yang menariknya, sebab kitaorg nak pergi lagi 2 hari, maka bayar time sampai
nanti..kalau ikutkan, memang kena bayar deposit dulu tau...
Ok, daku share apa yang menarik di Salman's Homestay ni ya..
Rate homestay ni, RM 200 semalam kalau hari hujung minggu
dan RM 180 jika hari biasa
Boleh contact dengan Salman di 013-8595737
![]() |
ni gambar profile FB page SALMAN'S HOMESTAY |
![]() |
Cantik kan homestay ni.... |
Ni antara info yang korang boleh dapat di Salman's Homestay |
memang menarik tau ... |
1 unit boleh muat max sampai 6 orang, ada ruang tamu, ada 2 bilik, bilik air dan dapur |
Review daku mengenai homestay ini;
Tak perlu Masak La kut ^__^
Walaupun daku ni jenis suka bab2 memasak ni kalau duk Homestay
Tapi bukan apa, sebab peralatan di sini agak limit,
dapur pun hanya sesuai untuk seorang je masak,
jadi daku rasa daripada korang susah payah tu
baik order je dengan Owner Salman's Homestay ni je..
Baca review pengunjung di sini, makanan yang disediakan sedap juga
So, malam tu daku masak TOMYAM lagi..hahaaa..
Sejuk2 makan masakan panas dan pedas dan masam memang layannnn tau...
Mak mertua daku siap masak Sambal Tumis Ikan lagi.....
Kepak Ayam Style BBQ tetap la ada...
Menu makan malam kitaorang. Masak sendiri tauuuu.. |
Simple je... |
Malam tu , meraikan hari ulangtahun kelahiran ayah mertuaku... |
Aktiviti anak2 malam tu selepas makan |
Sungai ni betul2 berhadapan dengan Salman's Homestay |
Antara aktiviti yang disediakan..kitaorang tak sempat sebab nak ke tempat lain plak |
Peraturan menginap di sini... |
Pemandangan di belakang Salman's Homestay memang tidak dapat dilupakan... |
Depan kereta biru tu, Dikhabarkan dijadikan Dorm. |
Jangan lupa untuk keluar bergambar awal2 pagi ya |
Breakfast kitaorang tempah je dengan Salman, Nasi Lemak sebungkus dengan telur mata dan juga kuih muih dam juga air teh o panas |
Breakfast dulu sebelum keluar berjalan2 |
Bergambar bersama2 Salman (t-shirt putih), tuan rumah Homestay ni... |
Bagi daku, homestay ni sangat selesa sebenarnya..
benar2 menepati suasana kampung ,
sunyi dan SANGATTTTT la sejukkkkk..
berlapis2 daku pakai baju masa nak tidur tu...
seronoknya pergi time hari jumaat sebab
hanya kitaorg je yang bermalam pada hari tu..
kalau hari sabtu atau ahad kebanyakannya memang ramai la...
tapi kalau pergi time cuti sek,
mmmmmmmm..memang penuh laaaa...
so jangan lupa, kalau nak ke KUNDASANG tu
booking awal2 ya.........
P/s : Baru dua kali menginap di Kundasang....Lepas ni target nak bermalam di hotel plak..ada satu hotel ni merupakan tempat yang daku teringin nakkkk pi...