Quantcast
Channel: Sepi Itu Indah
Viewing all articles
Browse latest Browse all 181

Jalan2 di Sabah : Lok Kawi Wildlife Park, KK

$
0
0

Assalamualaikum...

Daku nak berkongsi satu tempat menarik yang boleh korang lawati jika berkunjung ke Kota Kinabalu, iaitu Lok Kawi Wildlife Park. Anak2 memang suka la kalau pergi ke sini. Teringat lagi ketika bawa diaorang ke Langkawi Wildlife Park pada tahun 2016, kali ni repeat plak di KK. Tempat ni terletak di area Putatan, kira2 25km dari Bandar Kota Kinabalu. Kalau dari rumah kitaorang lebih kurang 40km gak la bersamaan sejam perjalanan berkereta ..

Waktu operasi bermula jam 9.30 pagi sampai 5 petang. So kitaorang bertolak awal dari rumah sekitar 8.45 pagi macam tu... memang terasa jauh gak perjalanan lagi2 ini merupakan kali pertama kitaorang ke sini.. Dah sampai tu, apa lagi kan...sessi bergambar laaaa dulu...



Bayaran masuk, RM 10 untuk Dewasa dan RM 5 untuk kanak2



Kat sini, korang dapat melihat sendiri secara dekat kira-kira 100 spesies haiwan termasuk burung, reptilia dan mamalia...Selain dari itu, korang juga boleh berjalan2 ke Taman Botani Sabah.Masuk2 je ke dalam, korang akan nampak pelbagai jenis burung termasuk lah burung kakak tua, burung merak, burung hantu.


Part paling best bila tengok binatang2 lain terutamanya gajah, harimau, rusa, burung elmu, monyet dan badak sumbu. Bila dah penat berjalan tu, boleh la rehat2 seketika di kerusi2 yang ada di situ. Daku siap bawa bekal lagi untuk anak2 . Sebab tau, diaorang ni kalau berjalan je ke tempat2 macam ni, mula lah lapar la dahaga la..Jadi standby la bawa apa2 bekal ringan2 atau pun boleh juga beli di luar pintu masuk tempat ni.
ini budak kan, kalau kat rumah makan sikit je
tapi bila dah berjalan mula lah..lapo..lapo


sedang meneliti map nak kemana plak lepas ni

Dah puas berjalan melihat haiwan2 kat sini, kitaorang pergi ke stage utama plak untuk melihat animal show. Ada 2 kali animal show, satu jam 11 pagi dan satu lagi jam 3 petang... Jadi plan la masa yang sesuai untuk ke sini. Pendapat daku, persembahan diaorang agak menghiburkan ... termasuk kerjasama dari penonton juga. Walaupun ada unsur2 menggerunkan eh ke menggelikan (bila part ular tu), tapi memang agak menghiburkan la.. Pandai diaorang buat sesuatu yang "lain dari yang lain" untuk tatapan penonton.. 

So, tempat ni boleh dimasukkan dalam list tempat2 yang boleh dilawati juga ya di KK.









Viewing all articles
Browse latest Browse all 181