Tahun ni merupakan kali pertama kitaorang menyambut Hari Raya Aidiladha di perantauan. Tahun sebelumnya, 2016 kitaorang balik beraya di kampung..itu kali pertama dan kali terakhir la harapnya balik berempat dengan anak2 je..boleh baca di entri INI .
Jadi time cuti raya tu, kitaorang ada lah pergi berjalan2 ke Kudat nun...Konon2nya nak merasmikan kereta myvi biruku itu....So, seperti biasa sebelum kitaorang bergerak ke Kudat, daku sempat la google dulu dimanakah tempat2 yang menarik boleh dilawati ketika di sana...
![]() |
daku tak jemu2 study map ni, sebab syok tengok bila nak berjalan ke tempat lain plak! |
![]() |
Ni hasil catatan seseorang blogger yang pernah ke sana! |
Sebelum tu, kitaorang suami isteri dalam dilema gak la sama da nak pi bermalam ke tak eh..mmmm...
![]() |
Tema raya sama gak mcm raya aidilfitri, tema biru... |
![]() |
dengan anak daraku... |
Kitaorang bertolak sehari selepas hari raya haji tu...perjalanan mengambil masa selama 3 jam dengan jarak 171 KM dari rumah kitaorang...lagi jauh perjalanannya dari Keningau tempoh hari.. Kitaorang bercadang nak bertolak awal2 pagi, tapi malam sebelum tu, anak buahku yang belajar di UMS datang bermalam di rumah kitaorang ...Jadi, selepas hantar diaorang balik mendaftar ke UMS, kitaorang pun bertolak ke Kudat dalam jam 9 pagi..
![]() |
anak buah & kawannya baru datang dari Perak untuk sem berikutnya |
Mula2, en suami yang drive dulu... Sampai di Tuaran, kitaorang bertukar.. Daku plak la drive sampai la betul2 ke Simpang nak masuk ke menghala Tanjung Simpang Menggayau tu... jalan luar ok, tapi dah masuk jalan kampung tu, agak berlubang2 teruk gak la...So, seeloknya bertolak la awal2 kalau korang dari KK ke atau dari mana2 supaya boleh plan perjalanan pergi balik tu mcm mana...Bila dah nak sampai tu, daku minta en suami plak la yang drive sebab jalannya agak sempit sikit, daku mcm ragu2 je time tu.. Sebelum sampai ke destinasi tu, kitaorang lalu tepi pantai...Ya Allah, Masha Allah, SubhanAllah, cantiknya pantai di Kudat ni....memang tak dinafikan la pantai di sini antara yang tercantik pernah daku lihat...
![]() |
Cantikkan pantainya... |
![]() |
ke depan sikit lagi akan sampailah ke destinasi |
![]() |
minah bunga! |
![]() |
dah sampai tu, kena menapak la sikit ya..turun bukit sikit |
Dah sampai tu ke penghujung jalan, kitaorang park dulu kereta...dan mula berjalan menuruni bukit sikit..tak la jauh sangat, cumanyaa time tu dalam jam 12.45 tengahari weiiiii..panas terik berpeluh2 kitaorang...
![]() |
tolomg ya, tolong sangat2 bergambar di sini...dan cubalah cari sudut yang menarik |
![]() |
Daku gigih tau panjat kerusi yang disedikan ni hanya semata2 nak snap gambar diaorang mcm ni, alih2 bila turn daku plak, en suami snap gambar punya lah zooommm rapaattttt.. waaaaaaaa.. tak nampak langsung background kat belakang tu. |
![]() |
Hajat di hati nak la turun di bawah, tapi en suami tak mo!! nak bawa anak plak, sorang tu nak ikut gak.. ish..last2 tinggal harapan je la.. |
![]() |
kat sini pun antara tempat menarik yang boleh dijadikan kenangan ketika bergambar |
![]() |
Kemuncak!! tempat ni WAJIB bergambar ok..tanda korang dah pernah sampai.. |
![]() |
Masa untuk balik |
Tak lama pun di sini, sebab masing2 dah lapar...So kitaorang terus menuju ke Kudat.. Kat sana, tempat makan tak lain tak bukan KFC je la..senang simple dan mudah je.. Sebelum tu, kitaorang berhenti solat dulu di Masjid Asy-Syakirin di Kudat. Selesai je makan, kitaorang pusing2 dulu di Kudat...nampak satu dataran ni, so berhenti kejap dan bergambar seketika
![]() |
Bergambar dulu |
![]() |
Cantik tempat ni |
Last2, kitaorang tak jadi plak bermalam di sini.. sebab dah pusing2 tu en suami ajak balik plak... tempat2 yang daku senaraikan tu pun kitaorang tak pi..hahaaaaa... perjalanan balik mengambil masa 2 jam 48 minit dengan jarak 165 KM..
![]() |
time balik en suami je yang drive |
Kesimpulannya, kat Sabah ni banyakkkkkkkk tempat2 menarik tau yang korang boleh lawati.. Daku sudah mula jatuh cinta dengan negeri ini......................