Alhamdulillah....
Setelah menetap hampir 2 tahun di Bumi yang indah ini, inilah kali pertama daku memulakan misi mendaki Bukit di sini....Kalau ikutkan , nak je join dengan Team Hiking IKM tu, tapi apakan daya... Antara kemahuan dan keperluan, ku haruslah memenuhi keperluan dulu...Maka, nak tak nak, bagi la laluan pada en suamiku yang join diaorg...
Tapi mujurlah.....sejak daku join Team Netball Al-Fateh tu, ku ada berkenalan dengan Kak Farha dan juga daku telah berkenalan juga dengan Coach Kak Farha iaitu Kak Hamsie..
Maka, pagi ahad 4hb3 menjadi saksi...Daku bawa Hariz anak sulungku juga mendaki bersama2...
seawal 6 pagi kitaorang dah keluar
Kami seramai 9 orang, 7 perempuan, 2 lelaki (suami Coach dan anakku) Anakku ni tak sabar2 nak mendaki, jadi cepat je dia follow suami coach..Coach plak menunggu kawan2 Poli yang lain mendaki. So nak tak nak daku follow la Anak aku & suami coach...
Mula2 tu steady je mendaki😂😂😂😂 Lama2 tu baru rasa penat..Aku n Anak aku dok kejar suami coach, mana la tak penat. Sampai ada satu ketika kitaorang slow kejap ambik angin dan bergambar2 seketika...
ni gambar2 anak aku Hariz 10 tahun mendaki ,
juga kali pertama ❤️
Akhirnya kitaorang sampai gak di atas Bukit Botak setelah hampir lebih kurang 30 minit mendaki... rest2 seketika sambil tunggu kawan2 yang lain...lepas tu apa lagi kan, silalah bergambar sepuas2 hati di atas tu...Pemandangan memang super duper cantikkkk laaaaaaaaaa....
bergambar beramai2
Yeayyyy....tanda kitaorang dah sampai
kenangan mendaki kali pertama
Suami coach yang rajin melayan kitaorg bergambar
Setelah puas bergambar, kitaorang pun turun lah perlahan2... time turun mrmang best, tak rasa lama pun...bagi aku, sebagai beginner la kan, Bukit Botak ni agak sesuai untuk orang2 yang mahu memulakan pendakian... Bukit dia agak mencabar juga lagi2 jika sehari sebelum pendakian itu hujan😅 Maka mmg kasut korang akan berlecak la seketika....
Sesuai untuk pendakian awal pagi dan petang. tapi aku lebih suka pagi2, sebab tak berapa panas sangat....
Next post, daku akan ceritakan plak Misi mendaki kali kedua😜😜😜
Selang 2 hari je plak tu sempena ulangtahun kelahiran ku yang ke 37 tahun 👏🏻👏🏻