Quantcast
Channel: Sepi Itu Indah
Viewing all articles
Browse latest Browse all 181

Apps Photobook Worldwide

$
0
0
Assalamualaikum...

Daku memang minat bergambar...
Banyak dah gambar2 ku transfer ke photobook samada dari company pixajoy @ photobook worldwide...

Biasanya daku akan install software & akan buat secara offline. So mmg mengambil masa la sedikit sebab nak edit2 gambar dulu bagi terang & cantik...

Jadi bila baru2 ni viral mengenai apss photobook tu aku tak berapa kesah sangat 😅 ye la, gambar boleh masuk 21 keping je..walaupun free cuma bayar kos pos je tapi mcm tak best je sebab gambar sikit sangat...

Tup2 daku terjebak gak akhirnyaaaa.. buat la 2 photobook versi apps..

Sebabnya kes malas nak transfer gambar ke desktop😂😂😂😂 So buat la dulu jap..


satu pos ke Perak , tu yg kos pos RM 8.48 & satu lagi ke KK , kos pos RM 12.72

Daku buat photobook guna apps pun sebabnya daku dapat voucer code percuma dari Loreal sebab beli barang dengan diaorg.. 

Ni haaa daku share gak voucer code ni ya. setakat ni ada beberapa orang kawan ku dah guna voucher code ni...


Tumggu punya tunggu maka sampai lah Photobook ku ini semalam...

Excited ni nak tengokkk..bila dah buka tu, mula2 macam ok sebab guna hardcover.. Tapi bila buka mukasurat berikutnya, rasa frust😔

Kualiti kertas tak best😅 Gambar pun macam tak terang & gelap la....walaupun sebelum aku attach gambar2 tu aku ada edit bagi terangkan lagi gambar tapi masih gak gelap😷😷😷

Sebab tu aku suka guna kat computer lagi...sebab aku akan edit kaw2 dulu bagi gambar tu terang sepuas hati aku baru aku masukkan ke photobook sebelum print.. ni hasil photobook dengan menggunakan apps😅

gambar depan tu mmg aku edit macam bagi nampak ala2 vintage😜 itu ok je...

Gambar2 kat dalam tu aduhaiii😅

Tu pun mujur la aku tak masukkan semuanya satu2 gambar tapi aku edit dulu samada guna photogrid @ insta mag supaya boleh letak byk gambar dalam 1 muka surat...

mukasurat terakhir aku guna insta mag😂

Ni plak contoh photobook yang pernah aku buat untuk anak2 aku..yang ni versi buat secara offline di desktop..

aku lebih berpuas hati lagi kalau guna kat pc
sebabnya boleh masukkan banyakkkk gambar sebab apa tau, mukasuratnya 40 ya😜😜😜
kalau 40 mukasurat, biasanya aku peruntukkan gambar at least 200-300 gambar..bergantung tengok apa tema @ tajuk photobook tu.. contoh macam yang aku buat untuk anak aku tu, tajuknya aktiviti anak2 di sek ❤️

ni merupakan sebahagian daripada koleksi photobook aku.... kebanyakannya saiz mini 6x6 kecuali time raya upgrade la besar & panjang sikit❤️

Macam mana nak buat? beli je voucher code photobook samada di shopee, lazada @ 11street..contoh macam kat bawah ni

lepas tu tunggu diaorg akan hantar voucher code melalui emel..so korang boleh terus buat samada secara offline (install software) di personal computer @ boleh buat secara online di website diaorang...ada template2 tertentu yang korang boleh pilih❤️❤️❤️

Dah siap semua, masa nak check out tu jgn lupa masukkan voucher code supaya dapat kurangkan harga photobook tu tadi. lepas tu bayarlah kos posssse

Tadaaaaaaaa...dah siappp...Senangkan😍




Viewing all articles
Browse latest Browse all 181