Assalamualaikum
Nak cerita di sini yang baru2 ni ketika Malaysia
cuti sempena Kerajaan Baru,
kitaorang berpeluang pergi ke sini...
Memang tempat ni ada dalam senarai
tempat yang nak pergi pun...
Kebetulan dah ada offer dari diaorang,
macam best je kalau dapat pergi kan😂😂😂
Kitaorang pergi Hari Jumaat pagi..
tu pun dah beberapa hari diaorang ni lepak je kat rumah😅
Perjalanan dari rumah ku ke sana tak la jauh sangat pun.
Tempat nya terletak berdekatan
dengan Rumah Terbalik Tamparuli,
cuma lain direction je...
Jangan risau, signboard ada je .
Lagi pun tempat ni berada di tepi jalan je,
memang senang gak cari.
Sampai2 tu, kitaorang ambik gak
pakej sewa baju😜 Saja la kan, ambik feel jap...
Since entrance fee untuk kanak2 FOC,
maka bayar untuk aku je,
RM 5 dan sewa baju tu plak RM 5 seorang...
Bagusnya di tempat ni, korang boleh mempelajari & mengetahui pakain2 tradisional Kaum Negeri Sabah. Baru aku tau rupanya ada banyakkkkkkkk Kaum di sini. Sebelum ni yang aku tahu Kaum2 yang majoriti saja seperti, Dusun, Murut, Bajau. Tak sangka plak ada pecahan2 lagi. Memang menarik lagi2 bila ada mcm2 cerita yang disampaikan oleh staf sana. Aku memang minat sejarah, jadi ada macam2 cerita sejarah yang dapat diketahui, contoh asal usul pembinaan Jambatan Tamparuli, Bobohizan dan macam2 lagi la.. Aku plak syok je tangkap gambar pakaian diaorang 😍😍😍😍
Lepas habis berjalan2 pusing kat situ,
ada juga bahagian yang disediakan untuk
peralatan2 tradisional Negeri Sabah.
Suka la budak2 ni main..
Sebelum balik, kitaorang sempat gak
ke Bahagian cenderamata..
Banyak gak barang2 yang dijual dan boleh dibeli di situ.
Terima kasih kepada staf di situ yang
komited sangat ketika bekerja.
Kitaorang really enjoy❤️❤️❤️❤️
Jadi pada mereka di luar tu yang datang ke KK
kalau korang rasa nak mempelajari sejarah mengenai Kaum2
yang terdapat di Sabah
bolehlah singgah ke sini ya
Bukan saja dapat belajar,
malah berpeluang juga memakai
pakaian tradisional mereka
siap ada pakej juga untuk mempelajari
Tarian tradisional diaorang
Hat tu lagi la aku tak ambik
hehe
tak ada geng
kalau ada geng, layan gak la kan