Assalamualaikum ❤️
Semalam genap umur anak daraku Wan Alya Nayli 5 tahun 😍😍😍😍
Macam kejap je masa berlalu, sedar tak sedar dia makin membesar...
Tahun ni, memandangkan hari lahir dia jatuh pada bulan puasa maka celebrate pada waktu berbuka je la..
Tapi sebelum tu sebelah pagi ada la juga daku buat sikit2 untuk meraikan birthday Nayli di Tadika dia...Tu pun sebelum buat, tanya dulu cikgu2 Pasti ada ke budak2 yang puasa? Karang tak syok la plak kan buat makan2 ada plak yang puasa. Lepas dapat confirmation dari Cikgu2 yang tak ada budak2 yang puasa, maka ok la..On la program❤️
Since oven aku prob plak, maka daku tempah je la kek coklat dengan kawanku... Cuma bab hiasan je daku yang buat...
Tadaaaaaaaaaaa...
Istimewa untuk Nayli dan juga kawan2
Daku juga ada buat agar2 dan juga bawa kek apollo untuk diaorang juga...
Selepas sessi menyanyikan lagi birthday beramai2 apa lagi kan, masa untuk makan😆😆😆😆😆😆😆😆 Makan agar2 la dulu yaaaa baru makan kek😋😋😋
Cikgu2 akan dibahagikan dengan 3 kumpulan dan kemudian akan menyuap budak2 ni makan...Alhamdulillah, habis kek ni budak2 makan , dah ada coklat kit kat & nips kan sapa la tak suka😆😆😆
Daku pun ambik peluang suap Nayli gak makan kek...Selepas je selesai, Nayli bagi hadiah plak pada kawan2 dia. Daku bagi pensel & pemadam mcm2 bentuk & kek apollo 1
Sebelah Malam nya plak, mula2 plan nak ke Pizza Hut je tapi jalan menghala ke sana punyalah jem😅 Last2 singgah Mc D je la 💁 Dekat sikit nak balik & sempat la diaorang ni pergi terawih plak lepas tu..
En suami plan juga nak jamu Pizza Hut untuk moreh terawih malam semalam walaupun dah ada slot dari staff dia.. kira kitaorang tambah2 je la nanti... So sementara diaorang solat, daku & Nayli pergi la beli dulu😜
Semoga Anakku membesar sebagai anak yang solehah, anak yang sentiasa menghiburkan hati semuanya❤️❤️❤️❤️❤️