Assalamualaikum....
Alhamdulillah, selesai sudah Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Tahun ni. Setelah hampir 3 kali Beraya di sini, tahun ni en suami decide nak buat Rumah terbuka plak...Tapi still di Dewan IKM je la😂😂😂😂 Al-Maklum lah, rumah kitaorang kosong je😬
Bertempat di Dewan Sri Keningau, IKM. Majlis bermula selepas habis Majlis Bacaan Yassin & Tahlil di Surau IKM. Jemputan plak terdiri daripada Staff IKM sendiri & daku ada juga la jemput rakan2 ku juga...
Menu Di Hari Kejadian😆
❤️Nasi Hujan Panas
❤️Ayam Masak Merah
❤️Rendang Daging
❤️Sayur Acar
❤️Papadom
❤️Buah Tembikai
❤️Air Sirap
❤️Air Teh
❤️Mee & Bihun Sup
❤️Nasi Impit
❤️Kuah Kacang
❤️Brownies
❤️Kek Pisang
❤️Dadih Jagung
❤️Dadih Strawberry
❤️Biskut Raya
❤️Kerepek Pisang
❤️Keropok
❤️2 biji kek (dihadiahkan oleh staf en suami)
Fuhh... Menu ada yg tempah, ada yg masak, ada yg beli je & ada yg bawa dari Taiping
Jutaan terima kasih kepada semua staf IKM KK dan juga rakan2ku yang berkesempatan hadir juga pada pagi Jumaat tu. Kehadiran korang betul2 memeriahkan lagi majlis kitaorang ❤️
Nyaris2 juga kitaorang cancel majlis ni sebabkan beberapa hari sebelum tu, daku mengalami diarrhea, tapi gigihkan juga la masak seawal 4.30 pagi tu. Alhamdulillah, melihat ramai rakan2 yang sudi hadir , buatkan daku rasa seronok sgt❤️
Mudah2an dapat lagi buat majlis macam ni pada masa akan datang 😜