Quantcast
Channel: Sepi Itu Indah
Viewing all articles
Browse latest Browse all 181

Rumah Terbalik Tamparuli & 3D Wonders Museum

$
0
0
Ketika mak abah datang ke KK tahun lepas, daku sempat bawa mak ke sini. Time ni, abah tak nak pergi sebab nak berehat di rumah je. Al maklum la, time tu baru je balik dari Kundasang... Apa ada di sini???

Rumah Terbalik dan 3D Wonders Museum. Sejujurnya, daku rasa agak mahal juga tiket nya. Ke memang standard harga masuk macam ni ya...mmmm..ni harga tiket terbaru, dari website UpsideDownHouse.

Harga tiket


Lepas dah bayar tiket masuk, kitaorang pun masuk ke dalam. Nampak rumah terbalik, so bergambar la seketika kat situ...
Mak bergambar bersama cucu2nya

Since kitaorang ambik Pakej Combo, so kitaorang masuk ke Rumah Terbalik dulu... Tempat beratur untuk kedua2 tempat ni sebelah menyebelah je... Bila dah masuk ke Rumah Terbalik tu, JANGAN TANGKAP GAMBAR ya di dalam rumah tu... ada beberapa orang pekerja di situ akan mengawasi korang.. Dan ada seorang pekerja yang ala2 macam tourist guide akan memberi penerangan mengenai rumah terbalik tu.. So far, apa yang daku boleh bagi pendapat di sini, di dalam rumah ni memang semua perkakas @ peralatan disusun secara tebalik... Budak2 memang akan excited la tengok kan..siap sentuh2 lagi..aduiii...tu nak kena perati gak tu..ada beberapa buah bilik di dalam rumah ni, macam bilik tidur, bilik air dan juga bahagian2 dalam rumah seperti dapur, ruang tamu...semuanyaaaaaaaaaaa disusun terbalik.. tak lama pun dalam rumah tu, lebih kurang 15 - 20 minit je...bila dah keluar tu, boleh la snap gambar macam ni..
Jangan lupa bergambar di sini ya!
Bergambar di luar rumah terbalik setelah selesai menjelajah di dalam rumah tu

sebelum berjalan2 ke 3D Wonders Museum,
diaorang request nak makan aiskrim plak

Bergambar lagi sambil berehat seketika

antara port2 menarik di luar Rumah Terbalik
Dah selesai bergambar di luar tu, kitaorang masuk plak ke 3D Wonder Museum, gambar 3D sebenarnya... So layan la bergambar semuanyaaaaaaaaaaaaa...
Bergambar dulu di sini sebelum masuk
Mujur la en suami rajin melayan!!
bersama mak tersayang!!!!
Layankan kerenah anak2 bergambar
diaorg la paling excited!
Mak pun join bergambar gakkk
Antara yang menarik di situ
Keseluruhannya, tempat ni memang menarik lagi2 untuk kali pertama yang datang macam daku ni.. Cumanya, kalau orang tanya rekemen ke tak untuk pergi, kalau jenis yang suka bergambar, layan je la..Kalau tak, daku nak cadangkan pergi ke CHANTEEK BORNEO GALLERY, berdekatan juga dengan Rumah Terbalik ni...Dah nak masuk 2 tahun menetap di KK ni, daku tak berkesempatan lagi ke sini..Tapi tempat ni memang ada dah dalam list kitaorang nak pi nanti...
Yang ni ketika pergi ke Pameran diaorang di Suria Sabah 


Menarik tempat ni ...

Oh ya, satu lagi tempat jangan la lupa singgah dah alang2 berada di Tamparuli tu ya... Iaitu Jambatan Tamparuli.... time ni panas lit lit la weh.....bergambar pun sekejap je...sekadar menjadikan ia sebagai satu kenangan tanda pernah ke sini....

Relax je diaorang meniti di Jambatan ni

memang cantik tempatnya...
Next entri, daku nak share plak tempat2 menarik di Kundasang lagi...selain dari Desa Dairy Farm& Poring Hot Spring ya... Yang tu, trip kitaorang pergi sehari balik hari je sempena ulangtahun kelahiran ku... 













































Viewing all articles
Browse latest Browse all 181