Quantcast
Channel: Sepi Itu Indah
Viewing all articles
Browse latest Browse all 181

Short Trip To Kundasang ~ Balik Hari

$
0
0
Al kisah, ketika ulangtahun kelahiran ku tempoh hari, daku buat permintaan pada en suami nak ke Kundasang lagi...Kali ni, ke beberapa tempat yang tak sempat kitaorang pergi tempoh hari ketika pergi bersama2 mak ayah ku... Time tu, ku aim nak pi 5 buah tempat, Kinabalu Park, Puteri  Nabalu Resort (untuk makan di sini), Kundasang Memorial Park, Sabah Tea Garden  dan Fish Massage di Kampung Tagal Luanti.

Bertolak dari rumah sekitar jam 9 pagi... Perjalanan menuju ke Kundasang mengambil masa sekitar 1 jam setengah. Sampai je di Entrance Kinabalu Park, kena bayar RM 3 untuk Dewasa dan RM 1 untuk Kanak2. Korang boleh drive kereta dari bawah sampai ke atas iaitu di Timpohon Gate. Daku menyahut cabaran en suami untuk drive ke atas...gabra gak, tapi cuba je la..Jalan ke atas tu ok je, cuma agak sempit dan ada ketika risau gak kalau bertembung dengan kereta lain. Sampai je kat atas tu, dah  mula rasa sejukkkkk.. Seronoknyaaa dapat ke sini..Kalau korang nak tau, Timpohon Gate ni adalah tempat permulaan untuk mereka2 yang mendaki Gunung Kinabalu...Dapat menjejakkan kaki ke sini dah rasa gembiraaaa sangat. Tu belum lagi kalau dapat pi mendaki kan..Nak pi mendaki ni, kena ada permit ya..bukan senang2 nak masuk ke dalam & mendaki Gunung Kinabalu macam tu je ya..

Anak2 pun excited bila sampai ke sini...
Dak Danial siap pakai sarung tangan lagi..alahaaaii..

Port menarik untuk bergambar

Summit Trail, laluan mendaki ke Gunung Kinabalu

En suami bersama anak2

Boleh jalan2 sehingga ke sini saja..
sebelah gate tu
merupakan laluan pendakian.
Ada kes berlaku kat sini...tiba2 dak Danial mengamuk ajak pi masuk ke gate sebelah tu iaitu tempat permulaan pendakian. Ya Ampun...jenuh la pujuk2 dia bagitau tak boleh masuk... Pakcik2 yang jaga kaunter tu senyum je la tengok gelagat dia ni.... Last2, terpaksa guna kuasa veto ayah..Baru la berjaya pujuk dia....

Thanks en suami sudi merealisasikan permintaan ku ini
Dah puas berjalan2 seketika di atas tu, kitaorang pun bergerak ke tempat seterusnya. Kali ni en suami plak drive ketika turun sebab daku tak confident plak nak bawa kereta menuruni jalan macam tu. Kitaorang singgah makan di Puteri Nabalu Resort. Teringin nak makan steamboat di sini sebenarnya. 
Pergi time hari kerja, memang tak ramai orang .
En suami belikanku Red Velvet Cake ...Daku bukanlah penggemar kek2 bewarna ni, kecuali kek coklat..hehe .so walaupun sepotong je, anak2 yang habiskan kek ni...

kek hari jadi
Suasana di sini memang best..tenang je..ada kemungkinan sebab kitaorang pi time tu time hari kerja.. So, memang tak ramai la orang....rilex dan santai je kitaorang makan steamboat tu..
anak2 excited makan, lagi2 ada kuah tomyam!!

Set steamboat untuk dua orang makan, tu pun banyaaaaaaakk sgt
Review makan steamboat di sini; memang sedappppppppp..cumanyaaa PEDASSSS..so macam daku  n en suami, memang layan je la makan..tapi untuk budak2 ni, hatta anak sulung ku pun jenis makan pedas, dia pun kata pedas sangat..Mujur gak la ada kuah sup .. Jadi diaorang mix kan juga kuah tomyam tu dengan kuah sup supaya tak terasa pedas sgt...
sebelum balik, bergambar dulu sekeluarga di sini
Next pit stop, menuju ke Sabah Tea Garden plak. Tapi sebelum tu, kitaorang singgah solat dulu di Masjid Kundasang.. betul2 dekat dengan roundabout Kundasang.. Dah seleasai, baru menuju ke Ranau plak. Walaupun ada satu tempat lagi nak pergi di Kundasang iaitu Kundasang Memorial Park, tapi sebab fikir perjalanan nak ke Ranau tu mengambil masa gak.. Jadi biar ke sana dulu dan jika sempat masa otw balik nanti baru lah singgah. Sabah Tea Garden ni betul2 bersebelahan dengan Fish Massage Spa di Kampung Tagal Luanti tu. Perjalanan ke situ ok, cumanya ..........bila dah masuk ke entrace Sabah Tea Garden tu, jalan nyaaaa mak ai...berbatu2...kitaorang dah la bawa kereta sendiri, apa lagi kan....slow2 la bawa naik ke atas tu.. 

Di Sabah Tea ada kedai yang menjual pelbagai jenis Produk Teh Sabah. Kitaorang tak ada la membeli pun, cuma order air Teh je di Kedai situ ...Konon2 nak menikmati air teh dengan suasana di situ.

Lepak2 jap
  
Air Teh Halia

Air Teh Pandan Susu
Sini tak sejuk macam Cameron Highlands tau.. so, feel tu kurang sebenarnya..hehe.. Yup, ramai kawan2 ku yang dah naik ke Sabah Tea Garden ni, ramai yang kata di Cameron lagi best... tak dinafikan laaa.. kat sini boleh juga turun bergambar dekat2 pokok teh ni..

Dak Danial je yang nak turun bergambar yang lain tak sanggup nak turun
sebab cuaca time tu memang panassss sangat
Selesai je jalan2 seketika di sini, kitaorang pun pergi la ke Fish Massage di Kampung Tagal Luanti tu plak... betul2 je sebelah dengan Sabah Tea ni.. nak masuk ke sini pun berbayar ok... RM 3 untuk dewasa dan RM 1 untuk kanak2...Dah masuk tu, kena tunggu plak...sebabnya kat sini masuk ke dalam kawasan air tu kena ikut turn by turn... tak la lama sangat menunggu... kat sini ada juga jual makanan ikan. 
Tanda korang dah sampai ke tempat yang betul
Rupanya, ikan2 kat sini besar2 betul...tak sangkanyaaa..ingatkan ikan2 ni kecik2 je..alahai... nak rendam kaki pun tak berani..tu daku laaaa...hehe
besar2 kan?
sekali masuk dalam 15 - 20 minit..tu pun sebab tak ramai sgt..
Anak2 ku, Hariz agak berani juga la berbanding dengan ku dan adik2 dia yang lain... Dia je yang berani masuk merendamkan kaki bersama2 ayah dia...kami tiga orang memang tak berani...sekadar memberi ikan makan dan main2 air sikit jadi laaa...

Aksi Hariz bila tanya dia ok ke tak..
Aksi Danial 
Overall, tempat ni memang best tau..kalau korang jenis berani...daku ketika itu  memang tak berani, tapi akan2 datang kalau ke sini lagi, insyaallah macam nak cuba2 juga... #YakinBoleh 

Selesai je aktiviti di sini, kitaorang pun bergerak balik. Dalam perjalanan balik tu, budak2 ni semuanya dah tidur..Jadi kitaorang teruskan je la perjalanan balik dan tak singgah dah la ke Kundasang Memorial Park. Seronok juga trip sehari ke Kundasang ni, cuma bagi aku kalau bergerak lagi awal lagi maybe sempat la ke tempat2 lain plak....Kundasang Memorial Park tu, tempat yang agak menarik juga sebenarnya.. Nanti daku akan share lagi tempat tu ya... Akhirnya pergi juga ke situ ketika ke Kundasang bersama2 mak dan ayah mertua ku...










Viewing all articles
Browse latest Browse all 181