Assalamualaikum
Nak share lagi tempat makan best yang kitaorang jumpa, tu pun sebab ada staf en suami yang rekemen makan kat sana...
Lama dah kitaorang pergi try makan kat sini, cumanya tak sempat plak daku nak update. Kali ni baru nak update..
Tempat gerai ni terletak di Sadong Jaya, betul2 berhadapan dengan Affin Bank.. Macam ala-ala food court la tempat ni.
Kali pertama datang, kitaorang tapau je sebab time tu macam rushing gak nak ambik Hariz balik tusyen
So, kitaorang tapau Nasi Ayam Berempah & Nasi Putih & Daging Masak Singgang..
Sedapppppp bak hanggg😋😋😋 Daku plak memang gemorrrrr sangat2 masakan Daging Singgang ni😍😍😍
sob sob.. en suami nak nasi kerabu tapi tak siap lagi😅
order nasi ayam berempah je la
Macam2 ada
masak lemak apatah😅
daging singgang meletopppsss😋
Masakan tomyam pun ada tp aku rasa maybe malam je kut..tak tanya plak..
Jadi kali kedua datang ke sini, time tu kitaorang sempat la mencuba Nasi Kerabu & daku plak nak try makan Nasi Sup Daging Bakar❤️❤️❤️
Nasi Kerabu utk en suami
Nasi Sup Daging Bakar untuk aku.
Review ; mmmmmm..sedap lagi nasi putih + daging singgang😂😂😂😂😂 tah la aku tak habis pun masakan yg kedua ni, berbanding dgn yg mula2 tapau hari tu..
Yang en suami plak, katanya nasi kerabunya sedap tapi banyak sangat rencah2 tu😂😂😂
Tapi apa2 pun ok la kan..ada gak la port baru untuk makan2 tengahari di KK ..
Selamat mencuba👏🏻👏🏻👏🏻👏🏻