Quantcast
Channel: Sepi Itu Indah
Viewing all articles
Browse latest Browse all 181

Cuti Hari Pekerja 010518

$
0
0
Assalamualaikum ❤️

Cuti hari pekerja tempoh hari daku plan memang nak santai2 di Pantai dengan anak2 & en suami. Al- maklum lah baru je lepas settle Games Netball dan Sukaneka Pasti.. Aku plan nak pi lepak kat Pantai Sabandar je sebab situ view pun cantik, suka gak lepak situ...

Alih2 en suami nak pi ride plak dengan kawan dia tapi menghala ke situ juga. So, dia gerak la dulu & kitaorang lambat sikit sebab daku siapkan juga bahan2 nak masak kat sana. Plan nak bakar ikan kembung & sotong je. Ketam aku dah goreng siap2, nanti sampai sana boleh je terus gaul dengan sambal tumis yang juga aku dah masak siap2 dari rumah. Macam tak yakin je nak guna tempat dapur gas en suamiku itu😂😂😂😂

Dalam perjalanan, kitaorang nampak la en suami kayuh basikal dengan kawan dia 🚴🏻🚴🏻🚴🏻

Gigih duaorang ni kayuh basikal

Sampai2 je diaorang minta main pasir dulu....lepas tu kejap je la...terus mandi plakkkk.. mandi la puas2 anak2 sementara tak berapa panas sangat... Bila suami ku sampai je, terus minta dia  masakkan..hehe, kata chef kan.....

sampai2 tak ramai lagi

acah2 la main pasir dulu
Mandi manda 

ketibaan yang ditunggu2 
Bila en suami masak
Masak sotong bakar
ni la rupanyaaa
Sementara tunggu en suami ku masak, pi layan budak2 mandi jap
Sekejap je la en suami dan kawannya masak2 tu..lepas tu diaorang makan & bergerak kayuh basikal balik.. yang kitaorang ni, lepas je habis makan, kemas2 & pergi plak ke Sabandar Cowboy Town, betul2 sebelah je dengan Pantai Sabandar ni... Jalan2 kejap di situ.. Masuk ke sana kena bayar tau. Dewasa RM 10 Dan kanak2 RM 5 seorang. So, masuk situ, mula2 tu dapat la welcome drink..kena ambik di area Mangrove Park tu.. Syok gak la tengok pokok bakau2 ni...besar2 dan cantik gak bila snap gambar..

Dah dapat welcome drink (air teh o ais) , kitaorang pusing2 dulu di area situ...sampai la nampak aktiviti mencanting @ mewarna batik ni.. Diaorang minat nak try, ok la..satu lukisan RM 5 dan ianya diwarna dan boleh bawa balik..ok la, layan kan je la...selepas habis je, kitaorang pun balik..tak larat dah nak tunggu naik kuda sebab panas membahang sangat... 

En suami dan kawannya masak ketam masak cili

dah siap apa lagi, makan laaa

Breakfast

ada gak la gambar kami kitaorang
Sabandar Cowboy Town

Mangrove Park juga terdapat di dalam Cowboy Town

Aktiviti Mencanting @ Mewarna Batik

Hasil kerja mereka






Viewing all articles
Browse latest Browse all 181